Friday, August 20, 2010

KHASIAT HERBA

ISI  KANDUNGAN

1.0 Pendahuluan

2.0 Kegunaan-kegunaan Perubatan Herba
2.10  Menggunakan herba untuk perubatan
2.11  Penyemaian atau penyaringan ‘tisane’
2.12   Sirap
2.13   Pemasukan dan pengasakan minyak
2.14   Krim dan ‘ointments’
2.15   Mendemah dan memampat
2.16   Melarutkan herba di dalam alkohol
2.17   Cuka
2.18   Menyalai campuran herba
3.0 Petua Rawatan Penyakit
3.1  Rebung buluh kuning ubat sakit kuning dan kencing manis
3.2  Buah mahagani ubat lemah jantung dan darah tinggi
3.3  Daun dukung anak ubat sakit pinggang dan batu karang
3.4  Sesak nafas
3.5  Air buah delima mengubati batuk
3.6 Mengubati resdung
3.7 Dedalu ubat kanser tulang
3.8 Daun lidah buaya ubat demam panas
3.9 Tangkai sirih ubat bisul
3.10                     Mengubati gastrik
3.11                     Daun jarak ubat kembung
      3.12           Ubat kurangkan tekanan darah tinggi
4.0  Kesimpulan
5.0   Lampiran
6.0   Rujukan

PENDAHULUAN
Bersyukur saya kerana dapat menyiapkan tugasan yang telah diamanahkan kepada saya. Tajuk tugasan yang dipilih oleh saya ialah berkaitan dengan herba dan petua rawatan penyakit.
          Di sini, saya menekankan aspek-aspek penggunaan herba untuk perubatan. Sebagaimana yang kita tahu, terdapat banyak cara di dalam penyediaan herba-herba. Saya telah mengulas tentang beberapa kaedah yang biasa digunakan dalam penyediaan herba. Antara kaedah tersebut ialah penyemaian atau penyaringan dan ‘tisane’, krim dan ‘ointment’, cuka dan lain-lain lagi.
          Bagi tajuk petua rawatan penyakit, saya telah menekankan tentang petua-petua untuk rawatan penyakit.  Antara penyakit-penyakit tersebut ialah sakit kuning, kencing manis, lemah jantung,darah tinggi dan sebagainya. Kaedah rawatan yang digunakan ialah kaedah tradisional. Kaedah ini menggunakan bahan-bahan yang mudah didapati seperti pokok dedalu, daun pisang emas, sirih, daun lidah buaya dan lain-lain lagi.

2.0  KEGUNAAN-KEGUNAAN PERUBATAN HERBA
2.1  MENGGUNAKAN HERBA UNTUK PERUBATAN
Terdapat banyak cara di dalam penyediaan herba-herba. Cara-caranya bergantung kepada keperluan dan kegunaan kita. Cara yang paling biasa digunakan adalah dengan menggunakan kaedah penyaringan yang digolongkan kepada ‘tisane’ dan sirap (iaitu menyaring minyak, krim dan ‘ointment’). Cara-cara lain ialah mendemah atau tuam, memanpatkan, melarutkan di dalam alkohol, membuat cuka dan menyalai campuran herba-herba.

2.11  PENYEMAIAN ATAU PENYARINGAN DAN ‘TISANE’
Cara ini adalah yang paling biasa digunakan dalam rawatan perubatan. Herba-herba ini boleh diambil sebagai  ‘tea’ atau berkumur, digunakan pada kawasan penyakit atau melakukan rawatan secara semburan air (inhalation) atau losyen. Herba-herba boleh juga ditambah dalam mandian atau digunakan untuk penyedutan dan pengasapan.
          Prosedurnya amat mudah . Kaedahnya ialah masukkan 600ml air mendidih ke atas herba kering di dalam teko dan biarkan mengembang selama 10 minit. Kemudian tapis air herba itu dan minum. Anda boleh menambahkan madu untuk memaniskan  minuman herba itu. Anda hendaklah memungut herba-herba di awal pagi sebelum matahari keluar untuk menjadikan herba itu panas tetapi selepas embun di atasnya kering.
          Bagi mandian atau semburan air (inhalation), anda hanya perlu memasukkan  5-10ml air mendidih ke atas herba di dalam mangkuk. Kemudian letakkan tuala di atas kepala anda. Selepas itu, sedut wap melalui hidung dan keluarkannya melalui mulut.
          Apabila menggunakan akar-akar herba, anda perlu merebus. Kaedahnya ialah masukkan 600ml air dan herba ke dalam periuk yang tertutup rapat. Selepas itu, biarkan ia mendidih perlahan-lahan selama 10-15 minit. Tapis air herba itu dan masukkan kembali ke dalam periuk. Alihkan penutup. Keringkan air herba itu sehingga 1/3. Ini akan menukarkan air herba kepada sirap. Simpan air herba itu di dalam peti ais selama beberapa hari.

2.12  SIRAP
Selepas membuat ‘tisane’, kemudian perlahan-lahan larutkan 350g gula kepada sirap. Selepas itu, tuangkan ke dalam bekas yang bersih.

2.13  PEMASUKAN ATAU PENGASAKAN MINYAK
Prosedur paling baik untuk persediaan pemasukan atau pengasakan minyak ialah dengan menggunakan air mandian atau ‘bain marie’. Elakkan dari menggunakan bekas aluminium . Jika anda tidak mempunyai air mandian, anda boleh melakukan kaedah ini iaitu letakkan kuali kecil ke dalam kuali yang lebih besar. Rehatkan kuali kecil di atas dua sudu. Kemudian, masukkan air ke dalam kuali besar. Selepas itu, tempatkan herba-herba dan minyak ke dalam kuali yang ditengah (kuali kecil). Tutup kuali itu dengan rapat.
          Potong kecil-kecil akar herba atau herba yang segar. 25g daripada herba dimasukkan ke dalam 600ml minyak. Menggunakan minyak kacang almond adalah kaedah yang terbaik tetapi minyak kacang almond agak mahal. Menggunakan minyak biji epal adalah alternatif yang baik kerana ia tidak berbau. Selepas itu, didihkan secara perlahan-lahan selama dua jam. Kemudian, saring minyak dan buang herba-herba. Ulang proses dengan herba yang segar juga selama dua jam. Minyak yang dihasilkan agak pekat dan sangat efektif sebagai minyak urut dan untuk digunakan sebagai mandian.

2.14  KRIM DAN ‘OINTMENTS’
Ambil minyak yang disaring dan gunakan ‘bain marie’ yang sama. Tambahkan 25g lilin lebah, kemudian kacaukannya di atas api yang kecil. Kemudian, campuran itu dicampurkan dengan sebati. Selepas itu, tuangkan ke dalam bekas pensterilan.
          Bagi mensterilkan bekas atau botol, kita perlu bersihkan botol dengan bersihnya. Kemudian, keringkan botol itu di dalam oven dengan suhu yang rendah.

2.15  MENDEMAH DAN MEMAMPAT
Kedua-dua cara ini iaitu mendemah dan memampat mendorong kulit dengan menggunakan haba dan membenarkan herba menyerap melalui kulit. Mendemah dibuat daripada bahagian sayur-sayuran yang lembut dan campuran herba serta sedikit minyak. Ketika masih panas, campuran itu dibentangkan di antara dua lapis kain kasa. Kemudian, letakkan di atas gril dan di atas wap air mendidih.
          Memanpat adalah cara untuk menyaring dan merebus herba pada kawasan penyakit. Caranya ialah rendam pakaian ke dalam penyaringan. Kemudian perahkan pakaian itu dan pakaikan kepada seseorang yang cedera dan berpenyakit.

2.16  MELARUTKAN HERBA DI DALAM ALKOHOL
 Anda dinasihatkan untuk membeli herba yang dilarutkan di dalam alkohol dari ahli farmasi atau ahli herba kerana ia adalah lebih baik dan mereka mahir dalam bidang perubatan.

2.17  CUKA
Cuka telah digunakan untuk kegunaan dalaman dan luaran selama beberapa tahun. Cuka amat senang untuk dibuat dan sedia digunakan selepas satu minggu persediannya.
          Campurkan cuka dan air sama rata dengan mengggunakan tuak epal. Tambahkan segenggam herba untuk setiap 600ml campuran tadi. Kemudian masukkan campuran itu ke dalam bekas yang tertutup rapat dan letakkannya di tempat yang gelap selama satu minggu. Saringkan dan tapiskan herba itu dan tuangkan ke dalam bekas yang bersih atau botol pensterilan.

2.18  MENYALAI CAMPURAN HERBA
Menyalai campuran herba telah digunakan untuk merawat asma dan penghidap bronkial. Campurkan herba-herba kering dengan 5ml madu dan 20ml air. Keringkannya di kawasan terbuka untuk beberapa hari sehingga ianya hampir kering. Kemudian simpan campuran itu di dalam bekas kedap udara.

3.0 PETUA  RAWATAN PENYAKIT
3.1  REBUNG BULUH KUNING UBAT SAKIT KUNING DAN KENCING MANIS
Ambil sekati rebung buluh kuning, basuh bersih-bersih, kemudian direbus dengan sekati kulit kerang yang baru.  Cara merebusnya, gunakan periuk tanah dengan memasukkan satu setengah liter air dengan api yang sederhana. Sesudah air rebusan tinggal satu perempat bahagian, angkat dan sejukkan.
Anda boleh amalkan, minum segelas setiap pagi untuk sekali sahaja sehari. InsyaAllah panyakit anda akan sembuh. Tiada pantang larang semasa mengamalkan ubat tradisional ini.

3.2  BUAH  MAHAGANI UBAT LEMAH JANTUNG DAN DARAH TINGGI
          Bila penyakit darah tinggi menyerang anda, pasti mendatangkan kerisauan. Ini bermakna jantung anda kurang berfungsi dalam sistem pengaliran darah pada tubuh anda.
          Cara mengubatinya adalah dengan mencari buah mahagani. Buah mahagani boleh dikunyah mentah-mentah. Sebaiknya makan seulas sahaja untuk tempoh satu minggu. InsyaAllah, selepas empat minggu anda mengamalkannya penyakit anda boleh sembuh.
          Pantang larangnya harus dipatuhi, jauhilah makanan yang banyak garam, kopi dan merokok.

3.3  DAUN DUKUNG ANAK UBAT SAKIT PINGGANG DAN BATU KARANG
          Ambil daun dukung anak seberapa banyak beserta akar-akarnya sekali. Kemudian dibersihkan dan dijemur sehingga kering.
          Sesudah kering, rebus dengan air di dalam sebuah periuk sehingga menyerupai air the. Kemudian amalkan meminumnya dua gelas untuk tiga kali sehari.
          InsyaAllah, penyakit batu karang dan penyakit pinggang akan sembuh dan pulih seperti sediakala. Kesihatan tubuh badan anda juga akan turut menjadi segar dan sihat selalu.

3.4  SESAK NAFAS
          Penyakit sesak nafas kerap menyerang orang yang agak berusia. Walaupun penyakit ini tidak menyerang secara terus-menerus tetapi dapat mengakibatkan tubuh menjadi kurus. Apabila seseorang terkena penyakit ini, ambillah sepuluh batang serai serta sebuku gula merah sebesar ibu jari kaki atau kelingking. Setelah batang serai dikupas dan dibersihkan, serai, dua gelas air dan gula merah dimasukkan ke dalam periuk.
          Setelah mendidih dan airnya tinggal satu gelas, barulah diangkat dan sejukkannya. Minumlah air itu seminggu tiga kali. Apabila penyakit itu beransur kurang, minumlah seminggu sekali dan akhirnya dua minggu sekali dan untuk selanjutnya atau secara rutin sebulan sekali.

3.5  AIR BUAH DELIMA MENGUBATI BATUK
Ambil kira-kira satu setengah tahil minyak badam dan dicampurkan dengan air buah delima. Masak semua bahan-bahan itu di atas api yang sederhana. Kemudian amalkan meminumnya pada setiap pagi dan petang. Jika kena sakit batuk kering pula, anda dinasihatkan mencari sedikit kulit kayu manis, jintan hitam dan tiga biji buah pala. Campurkan dengan sedikit manisan lebah dan sebiji kuning telur dan makanlah sesudu pagi dan sesudu petang.

3.6  MENGUBATI  RESDUNG
Daun pisang emas boleh mengubati penyakit resdung. Caranya cukup mudah, orang yang terkena penyakit resdung dinasihatkan mengambil pucuk pisang emas dan terus dikeringkan. Setelah pucuk itu kering, jadikan seperti sebatang rokok lalu dihisap dengan tembakau cina. Amalkan pada setiap pagi, tengah hari dan malam. InsyaAllah penyakit resdung yang dideritai akan sembuh.

3.7   DEDALU UBAT KANSER TULANG
          Pokok dedalu biasanya tumbuh menempel di pokok ‘tea’ dan pokok-pokok lain. Pohon ini sebenarnya mempunyai khasiat yang tersendiri terutamanya untuk mengubat orang yang mengidap sakit kanser tulang.
          Caranya, ambillah pohon dedalu, keringkan dengan panas matahari hingga cukup kering. Hancurkan pokok itu dengan menumbuknya hingga menjadi serbuk. Rebuslah dengan air panas. Setelah airnya sejuk, minum dan lakukan perkara ini setiap kali setelah selesai makan. InsyaAllah penyakit itu akan sembuh.

3.8  DAUN LIDAH BUAYA UBAT DEMAM PANAS
          Bahannya amat mudah iaitu gunakan daun lidah buaya. Lendir dari  daun lidah buaya diisikan dalam satu tempat,dijadikan seperti bubur. Lepas itu disapukan ke badan. Begitu juga kalau kulit terbakar dan mengelupas, lendir dari lidah buaya tadi disapukan pada bahagian yang terbakar itu.

3.9  TANGKAI SIRIH UBAT BISUL
Apabila seseorang menderita sakit bisul yang sedang membengkak boleh mengakibatkan demam, carilah tangkai daun sirih dan ditumbuk (tidak berapa hancur). Celupkan tangkai daun sirih itu ke dalam minyak kelapa, kemudian bakar dau sirih dan terus ditampalkan pada bisul yang sedang membengkak, sebahagian dari tangkai daun sirih itu diratakan pada bahagian  bisul yang sedang merah (bahagian mata bisul) sebelum itu disapukan dengan kapur sirih.
Bisul yang masih kecil dengan sekali sapu, bisul akan hilang tetapi pada bisul yang besar dan agak parah, ulangilah perbuatan itu selama tiga malam berturut-turut.

3.10  MENGUBATI GASTRIK
          Sakit gastrik boleh dihindarkan atau dapat dihilangkan dengan menggunakan kunyit dan telur. Mudah saja, anda dikehendaki mencari kunyit yang sudah tua sebesar ibu jari.
          Kunyit itu diparut dan diperah. Air dari perahan kunyit itu dicampur dengan kuning telur ayam kampung dan dikacau hingga sebati. Kemudian diminum. Ulangi meminumnya beberapa kali dan anda akan terhindar dari sakit ulu hati. Hindarkan diri dari kebiasaan makan lambat pada waktunya dan berfikir terlalu berat.

3.11  DAUN JARAK UBAT KEMBUNG
          Daun jarak ternyata banyak khasiat. Antaranya ialah mengubati penyakit perut kembung kerana masuk angin. Selalunya penyakit seperti ini kerap dialami oleh anak-anak.
          Kalau ada anak anda tidak dapat tidur malam akibat masuk angin, maka ambillah daun jarak sebanyak lima atau enam lembar. Panaskan di atas api hingga layu. Kemudian sapukan minyak kelapa. Tempelkan atau lekapkan di sekitar perut dan pinggang anak anda.
          Bagi mengelakkan daun jarak jatuh, eloklah diikatkan dengan kain atau selendang. InsyaAllah penyakit itu akan sembuh.

3.12  UBAT KURANGKAN TEKANAN DARAH TINGGI
          Bagi mengurangkan tekanan darah tinggi ada berbagai-bagai cara. Satu daripada petua yang selalu diamalkan ialah mencari betik muda. Betik muda itu mesti  diparut.
          Perahlah betik muda yang sudah diparut itu. Airnya itu ditapis dan diminum. Minumlah air betik itu setiap hari, hasilnya tekanan darah tinggi akan menurun.

KESIMPULAN
Sebagaimana yang kita tahu, tumbuh-tumbuhan amat berguna kepada manusia terutamanya tumbuhan herba. Herba amat bernilai di dalam bidang perubatan. Ini kerana telah terbukti bahawa herba amat berkesan dalam merawat penyakit. Kini, herba telah digunakan secara meluas di dalam pelbagai bidang perubatan tidak kira sama ada untuk rawatan kecantikan atau rawatan penyakit. Herba sangat mudah didapati. Herba boleh didapati di farmasi-farmasi atau di pasaraya. Cara panyediaan herba juga amat mudah dan senang disediakan. Oleh itu, tidak menjadi masalah kepada kita jika hendak menggunakan herba untuk rawatan.

RUJUKAN
1.      Nina Kirana, 1999, Koleksi Petua Rawatan Kecantikan dan Penyakit, Medialine          Publications, Kuala Lumpur.
2.      Mastika, Keluaran  Februari  dan Mac 1999, Utusan Melayu (Malaysia) , Kuala   Lumpur.
3.      A. Gardiner, 1996, Medicinal Herbs and Essential Oils, Anthony Gardiner and the Promotional Company Ltd. 1995, London.

2 comments:

  1. Assalamualaikum...
    Resdung sememangnya adalah suatu permasalahan yang merunsingkan. Untuk mereka yg masih dalam pencarian bagi kaedah menghapuskannya, sila segera ke web page:

    Resdung dan Cara Hapuskannya!

    Semoga info ni dapat membantu. Sekian, tq.

    ReplyDelete