RAMBUT BERUBAN...
Ambil biji buah betik daripada buah betik yang sudah masak sebanyak 2 sudu besar.Jemur biji betik itu sampai betul-betul kering.Kemudian digoreng sampai hangus (jangan guna minyak) serta disusuli dengan tumbuk biji itu sampai halus.Campur debu biji betik itu dengan minyak kelapa dan kacau sampai merata.Setelah rambut anda dicuci bersih, lumurkan ramuan itu pada bahagian kepala yang beruban, seelok-eloknya sewaktu hendak tidur.
BERNANAH JARI DISEBABKAN JARUM, DURI & TULANG IKAN...
Ambil 3 bijik bawang merah lalu ditumbuk jangan sampai lumat.Kemudian bubuh 1 sudu besar minyak kelapa dan dibungkus dengan menggunakan daun pisang dan dipanaskan ke atas api.Apabila sudah agak panas, tampalkan ramuan tersebut pada tempat yang sakit dan dibalutkan dengan kain pembalut luka.Buatlah sebanyak 3 kali sehari.
BAU MULUT...
Ambil beberapa helai daun sireh diramaskan ke dalam air dan berkumur.Buatlah selama beberapa hari.
RESDUNG...
Ambil isi terung kemal dan amalkan memakannya atau ambil daun kacang kayu kemudian jemur sehingga kering dan dibuat hisap seperti rokok.Boleh juga amalkan mencium bunga daun bawang merah sentiasa.
KUNYIT MENGURANGKAN RABUN MATA...
Sediakan 20 helai daun sireh dan satu oz kunyit dan keduanya diparut.Letakkan di atas penapis dan tuangkan air panas dan diperah.Minum air yang sudah ditapis itu satu gelas pada setiap hari.
PERUT MASUK ANGIN...
Setiap kali anda minum teh atau kopi masukkan daun delima yang sudah dipotong kecil-kecil. Amalkan selama 1 bulan.
RAMBUT UBAT KAKI PECAH...
Ambillah rambut yang gugur (rambut sendiri) satu genggam, kemudian rambut itu terus dibakar dan abunya dicampurkan dengan minyak kelapa.Waktu mahu tidur malam,bahagian kaki yang pecah itu dibersihkan terlebih dahulu.Kemudian sapukan minyak dari abu rambut itu dengan menggunakan kapas di bahagian kaki yang pecah itu.Bila sudah disapu pakailah sarung kaki yang agak longgar supaya cadar tempat tidur tidak kotor.
KUDIS BUTA...
Cari 5 atau 6 helai daun jambu batu, giling hingga lumat.Ia kemudian dicampurkan dengan santan dari segengam kelapa parut perah.Kemudian dibungkus dalam kain jarang dan digosokkan pada kudis buta itu.
CACAR AIR...
Ambil 5 helai daun jarak dan direbus lalu dimandikan kepada mereka yang mengalaminya. Air rebusan itu hendaklah agak panas sedikit namun bolehlah dilihat kepada pesakit itu sama ada kanak-kanak atau yang sudah dewasa.Gosok juga daun jarak yang sudah direbus itu pada badan pesakit.Lakukan selama 3 hari berturut-turut.
MENGHILANGKAN BEKAS KURAP DI BADAN...
Bakar kulit kerang sebanyak 12 biji selama 20 minit.Bila kulit kerang itu terbakar jiruslah dengan air panas mendidih.Kulit kerang yang lumat ditumbuk dicampurkan dengan 1 sudu belerang kuning.Biarkan 2 ramuan itu sebati selama 1 jam dan campurkan pula dengan setengah cawan minyak tanah.Sapukan ramuan itu ke bekas kurap.
UBAT PANAU...
Daun gelenggang dicampurkan dengan kapur lalu digosok pada badan yang terkena panau itu.
SAKIT SIPLIS...
Ambil lobak putih dalam sekati.Kemudian diparut halus-halus diperah dan diambil patinya.Amalkan berkali-kali segelas untuk 3 kali sehari.Amalkan memakan jering sebagai ulam, kerana zat jering dapat membantu menghilangkan penyakit siflis yang berjangkit itu. BISA-BISA TULANG...
Dapatkan "akar sakit lelaki" sebanyak 3 atau 3 cekak dan direbus selama 2-3 jam kemudian disejukkan dan bolehlah diminum segelas sehari.
KENCING MANIS...
Ambil sekati rebung buluh kuning, basuh bersih-bersih kemudian direbus dengan sekati kulit kerang yang baru.Cara merebus rebung buluh kuning ialah dengan menggunakan periuk tanah dengan memasukkan satu setengah liter air dengan api yang sederhana.Sesudah air rebusan tinggal 1/4 nahagian,angkat dan sejukkan.Anda boleh amalkan, minum setiap pagi untuk sekali sehari. Insya-allah, penyakit anda akan sembuh.Tiada pantang larang semasa mengamalkan ubat tradisional ini dan sudah ramai pengidap kencing manis sudah sembuh sesudah mencubanya.
DEMAM KUNING...
Ambil segenggam daun daripada pohon dukung anak.Tumbuk sampai halus, kemudian tuangkan air masakke dalamnya dan campurkan dengan sedikit garam.Minum air tersebut pada waktu pagi dan petang.
PENYAKIT KUNING...
Ambil daun sukun yang telah tua kemudian direbus sehingga airnya merah tua.Minum air tersebut 2 kali sehari sekurang-kurangnya untuk 3 hari.
UBAT KENCING BATU...
Jagung isinya sedap dimakan.Tetapi tiadak banyak orang mengetahui bahawa teras jagung juga mempunyai khasiatnya yang tersendiri.Carilah teras dari 6 tongkol jagung, kemudian direbus dan dimasak dengan menggunakan 5 gelas air.Kemudian pesakit itu bolehlah meminumnya 3 kali sehari.Setiap kali minum adalah sebanyak 3/4 gelas.
UBI KAYU UBAT SAKIT GASTRIK...
Gastrik satu penyakit yang tidak disenangi oleh kebanyakan orang.Dalam perubatan tradisional orang-orang kita,bagi mengatasi sakit ini amat mudah,bahan- bahannya amat mudah diperolehi.Cara mengubat menurut orang tua-tua kita dahulu, ialah dengan mencari ubi kayu yang masih segar (masih muda).Dikupas kulitnya dan dicuci dengan bersih.Kemudian ubi kayu itu dipotong sepanjang 5 cm.Makanlah ubi kayu itu sehari 3 potong (1 potong = 5 cm) iaitu pada sebelah pagi, tengahari dan petang.Pada sebelah pagi sebelum makan ubi kayu tersebut makanlah nasi terlebih dahulu walaupun sedikit.Lakukan ini setiap hari kira-kira sampai 3 minggu atau sebulan.
Diterbitkan pada: Disember 28, 2007
No comments:
Post a Comment